dah betul la tu kan???
Saturday, December 24, 2011
Friday, December 23, 2011
melara ke???
ngantuk la dengo lagu ni kan??? seronoknya dpt g phuket kan??? bilalah nak dpt reward yang xdiminta mcm tu.. mesti bestkan??? bertuahnya badan.. xpe la xde rezeki lagi nak buat cmne...
Ombak Rindu
The Queen Returns
Thursday, October 13, 2011
myMetro | Minda: Apabila pasangan mula buat hal
myMetro Minda: Apabila pasangan mula buat hal
KATA orang ‘perkahwinan itu satu perjudian’. Ada kalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah dalam melayari bahtera berumah tangga. Jika sebelum berkahwin banyak perkara mengenai pasangan kita yang kita tidak ketahui, tetapi apabila sudah serumah dan berkongsi semua perkara, barulah terserlah baik buruknya.
Ada yang berkata mengapa pasangan mereka tidak boleh menjadi seperti waktu bercinta, semuanya indah, semuanya boleh dan semuanya mudah. Namun, alam perkahwinan membuktikan bahawa keindahan zaman bercinta hanya fantasi dan realiti sebenarnya baru diketahui sewaktu melayari alam berumah tangga. Semakin bertambah usia perkahwinan semakin banyak masalah yang terpaksa ditanggung pasangan berkahwin. Justeru, jika tidak sabar dan tidak boleh berkompromi, perceraian adalah jalan keluar kemelut rumah tangga mereka.
Dalam kaitan yang sama, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008 mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran. Dalam tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti berlaku konflik dalam rumah tangga sehingga mencetuskan perceraian. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, masalah seksual dan campur tangan orang ketiga.
Selain itu, Jakim juga merekodkan bahawa statistik perceraian di seluruh Malaysia semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pada 2007, kes perceraian direkodkan 20,529, pada 2008 (22,289 kes) dan 2009 (27,116 kes). Jakim juga ada membuat kajian bahawa 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian manakala 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.
Penulis juga ada membuat kajian mengenai konflik perkahwinan dalam masyarakat Melayu dari sudut komunikasi dan mendapati tahun pertama dan kedua adalah tahun berbulan madu dan pasangan merasakan ia satu tempoh bahagia bagi mereka. Namun, apabila masuk tahun kedua dan anak-anak mula lahir dan ditambah dengan masalah kewangan dan kesempitan masa untuk diri sendiri dan keluarga, ia mula menggoyahkan kebahagiaan rumah tangga. Ada suami dan isteri mula bosan jika pasangan tidak mahu bekerjasama dalam rumah tangga. Masing-masing mula mementingkan diri sendiri dan saling tidak puas hati antara satu sama lain. Masuk tahun seterusnya masing-masing sudah menunjukkan sikap sebenar dan ego mula memainkan peranan. Tahun ketiga hingga ke- lima perkahwinan, masing-masing sudah mengenali sikap sebenar pasangan. Bak kata orang sekarang ‘buruk baiknya dah ada dalam tangan, dah tahu semuanya’. Masa ini semua yang dibuat pasangan mula tidak kena. Buat itu salah, buat ini salah. Semua perkara sudah menyakitkan hati. Masuk tahun kelima dan seterusnya pasangan berkahwin mula diuji dengan pelbagai dugaan, umpamanya masalah dengan orang ketiga, masalah kebosanan, campur tangan keluarga dan kewangan. Masuk tahun kesepuluh, masing-masing sudah buat hal sendiri. Suami tidak kisah apa berlaku di rumah, manakala isteri buat tidak kisah pasal suami. Kasih sayang mulai luntur dan sekiranya kurang keimanan untuk menghadapi semua ini tidak mustahil akan berlaku perceraian. Perlu diingat perkahwinan adalah satu perkongsian hidup. Namun, apa yang berlaku zaman sekarang ialah sikap ego lelaki dan perempuan yang masing-masing tidak mahu mengalah sehingga memburukkan lagi keadaan. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Mereka tersepit dalam kemelut rumah tangga ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku anak-anak juga mencari pelarian dengan terlibat dalam masalah sosial, ibu bapa di rumah asyik bergaduh manakala anak-anak terbiar tanpa pembelaan. Mereka menjadi sedih dan bingung.
Dalam kajian penulis, ada suami mengatakan apabila isteri bergaji besar mereka mula melupakan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak serta rumah tangga. Makan pakai suami tidak dihiraukan lagi, rumah dibiarkan berselerak dan anak-anak tidak dijaga. Masa untuk suami juga sudah tidak ada berbanding masa bercinta dulu. Isteri merasakan sudah boleh berdikari dan tidak perlu harapkan suami, justeru mereka terlupa menunaikan tanggungjawab terhadap suami. Apabila suami bosan mereka mencari kasih di luar sebagai pelarian kepada masalah rumah tangga. Bagi pihak isteri pula mereka mengatakan suami zaman sekarang suka bergantung pada isteri. Mereka kerap ambil kesempatan terhadap isteri yang bekerja dengan tidak memberi nafkah. Alasan sering diberikan suami ialah wanita zaman sekarang bergaji lebih besar daripada lelaki jadi tidak salah isteri tanggung semuanya dan membayar segala keperluan hidup kerana perkahwinan pada hakikatnya satu perkongsian dan tidak salah jika lelaki menumpang kesenangan isteri. Ada juga sikap suami yang keterlaluan. Apabila isteri bergaji besar mereka letakkan segala tanggungjawab kepada isteri sedangkan mereka boleh berseronok di luar. Pada mulanya isteri masih boleh bersabar kerana perasaan kasih masih ada dan selalunya kerana anak-anak. Jika perangai suami tidak berubah sehingga masuk tahun ke-20, jangan terperanjat jika ada yang bercerai setelah berkahwin sekian lama. Sehubungan itu, perkahwinan adalah satu ikatan yang amat suci dan diberkati Allah. Memang tidak mudah melayari bahtera perkahwinan. Kesabaran, ketabahan dan kompromi amat penting dalam melalui kehidupan berumah tangga. Kes perceraian yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita akan memberi impak besar pada pembinaan jati diri masyarakat kita khususnya agama dan negara. Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian akan berhadapan konflik kehidupan dalam diri. Bilangan mereka yang mengalami tekanan jiwa semakin meningkat dan laporan akhbar baru-baru ini mengenai statistik mereka yang sakit mental semakin bertambah, amat membimbangkan. Justeru, jika masyarakat terus memandang remeh pada masalah dan konflik perkahwinan, tidak mustahil kadar orang sakit mental semakin bertambah dan kerajaan perlu membina lebih banyak hospital bahagia demi menampung masyarakat seumpama ini. Bayangkan jika hampir 30,000 masyarakat kita berhadapan dengan masalah perceraian, apakah yang terjadi kepada nasib generasi masa depan kita, khususnya anak-anak? Bolehkah mereka menjadi pemimpin negara yang baik dan memimpin masyarakat jika kehidupan mereka sentiasa berada dalam dilema dan kucar-kacir? Masalah ini tidak lagi boleh dipandang remeh dan dikategorikan sebagai masalah keluarga saja. Apabila ia serius, masalah ini sudah menjadi masalah negara yang harus diberikan perhatian lebih serius. Sama-samalah kita fikirkan.
Friday, September 16, 2011
Happy 10th Anniversary
Thursday, September 15, 2011
Monday, September 12, 2011
keluarga pertama ke rumah di hari lebaran
wahhhhhhhh terperanjat dibuatnya.. maklum le tgh syok membuta dgn si kecik.. tiba2 ada call nak dtg umah beraya.... means keluarga pertamalah yg dtg beraya thn ini kat umah saleng.. terkejar2 kemas umah & sediakanlah apa yg ada.. yg penting kuih raya mmg xde... so menu kita ptg tu sup gearbox dgn roti & pizza utk kanak2.... seronok sungguh kanak2 tu bila dah jumpa & kenal... sampai xnak balik dibuatnye... tahun depan jgn lupe dtg sini lg ye... :)

Sunday, September 11, 2011
Monday, September 5, 2011
Thursday, September 1, 2011
Again.. I'm hurt..
"If you ever lose my trust, you probably will never get it back.. and even if you will, it will never be the same.."
:(
"Never ignore a person who loves and cares for you because one day you may realize you've lost the moon while counting the stars".
Thursday, August 18, 2011
Thursday, August 11, 2011
It's a baby gurl !!!
11th August 2011 (11-08-11) cantik tu nombor !!! dapat baby gurl lg !!! seronoknya..
mcm aku pulak yang baru dapat baby.. xsabo nak tengok dia..
Wednesday, April 20, 2011
Aku yang stress
stressnya aku !!!! bila dak isyraq xnak pegi skool.... teacher call umah wan dia..... padahal aku baru je lepas hantar dia kat depan pagar skool tadi..... ishyyyy..... geramnya aku...... dah 2 hari off pun masih xnak skool lagi....
Sunday, April 3, 2011
Adab Ketika Marah
Rasulullah s.a.w pernah menasihatkan seorang lelaki; "Jangan Marah." (Riwayat al- Bukhari). Menurut al - Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab - sebab yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu yang mangarah kepadanya. Mari perhatikan adab - adab ketika marah seperti berikut:
Jangan Marah Kecuali Kerana Allah. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Demi Allah Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah," (Riwayat al-Bukhari no. 6404)
Ingat Kekuasaan dan Keagungan Allah ketika marah.
Menahan Marah. Allah menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman - Nya yang bermaksud "... dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Surah Ali'Imran 3: 134)
Berlindung Kepada Allah Ketika Marah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Jika seseorang yang marah mengucapkan 'A'uzubilla' (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya." (Riwayat Ibn 'Adi)
Diam. Daripada Imam Ahmad, maksud sabda Baginda s.a.w.: "Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah ia diam."
Mengubah Posisi. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah).
Berwuduk. Marah itu api syaitan. Oleh sebab itu, sejukkan marah dengan berwuduk.
Bersabar & Memaafkan. Sebaik - baik orang yang marah, memaafkan orang yang dimarahinya. Maksud firman Allah: "Dan jika mereka marah, mereka memberi maaf." (Surah al - Syura 42: 37)
Jangan Berdendam. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kamu memberi balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar." (Surah al - Nahl 16: 126)
p/s Untuk meredakan kemarahan bacalah Ya Rauf sebanyak 10 kali serta Selawat ke atas Nabi s.a.w 10 kali... Sekiranya untuk org lain maka tiupkan kearah orang yang marah itu atau di tiup ke dalam makanan atau minuman lalu di beri minum kepada orang yang pemarah.. atau membaca doa berikut
Yang bermaksud: "Ya Allah Ya Tuhan Muhammad! Ampunilah segala dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan dan lindungi aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan."
Wallahu ‘alam bi sawab.
Friday, February 25, 2011
Saturday, February 5, 2011
Thursday, January 20, 2011
Banyak Kije Sehhh
banyak betul kije.. xhabis2 tu.. dengan nak audit lagi..
mau giler aku dibuatnye.. tulun !! tulun !!
mau giler aku dibuatnye.. tulun !! tulun !!
Saturday, January 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)